Kursus Kemahiran Jangka Pendek Photophone
25 Jun 2024 | Aktiviti TerkiniNADI telah dijemput bagi sama-sama menjayakan sebuah program yang dianjurkan oleh KEMAS Simpang Ampat iaitu Kursus Kemahiran Jangka Pendek Photophone.Turut terlibat Bersama NADI Tambun Tulang, NADI Batas Lintang dan NADI Padang Besar Selatan. Staff NADI memberi Taklimat Klik Dengan Bijak kepada peserta dari komuniti penduduk Simpang Ampat dan juga mengadakan Bengkel Asas Aplikasi CANVA dalam pembuatan poster dan logo kepada komuniti. Selain itu komuniti juga diberi peluang dalam menghasilkan poster dan logo produk tersendiri bertujuan untuk menarik minat pelanggan dalam membeli sesuatu produk.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan komuniti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan komuniti mendapatkan kemudahan yang NADIi sediakan. Selain itu, Program ini juga di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan program dari oganisasi lain demi kesejahteraan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: